BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, November 25, 2009

BUAH ANGGUR.



Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat Kismis, Jem, Air anggur, Jeli, Wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai Vitakultura.

Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah Larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.


Khasiat anggur

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyai kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Jenis anggur

Terdapat banyak jenis anggur, antaranya:

· Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN.Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim Tropika. Nama saintifiknya Carica papaya.

· Pokok betik ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.

· Betik kaya dengan Vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin,riboflavin dan niasan dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

· Buah betik yang ranum kaya dengan Vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.

· Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

· Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari segi saiz, rupa bentuk dan rasa. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg. Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik yang popular di negara-negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam lingkungan 1-3 kg tetepi kualiti buah dikatakan tidak begitu baik. Manakala kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Buah dari varieti ini adalah lebih kecil, berbentuk bulat, mempunyai mutu yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

· Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

BUAH MANGGA.



Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesis pokok buah tropika dalam famili anacardiacea. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk IndiaTimur, Myanmar, dan bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.

Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:

  • Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
  • Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.

· Buah MANGGIS yang terhasil dari Pokok Manggis merupakan sejenis buah yang boleh dimakan mentah. Buah Manggis memiliki kulit lembut yang tebal dan berwarna ungu pekat yang melindungi isinya yang bewarna putih dan boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".

· Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

· Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

· Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut.

· Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

· Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

· Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

· Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.

· Khasiat dan kegunaan

· Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

· Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.