BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

BUAH LANGSAT


Pokok Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Hutan Semenajung Malaysia, dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama Botaninya Lansium domesticum Jack.

Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada hiris-hiris yang berasingan didedahkan. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.

Nama spesies lain atau nama lain untuk langsat: dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, duku, atau kokosan.

Penyakit

Kerumping pada tanaman langsat adalah merupakan masalah utama kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan dan pembesaran ranting, mengakibatkan keguguran daun dan kematian ranting & pucuk.Serangan selalunya bermula dari paras pangkal pokok. Serangan yang teruk pada dahan dan batang akan menjejaskan pengeluaran bunga dan buah.

Biasenya penyakit ini dikaitkan dengan dua jenis ulat pengorek kulit iaitu Doloessa viridis & Anarisia sp.

0 comments: