BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

BUAH ANGGUR.



Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat Kismis, Jem, Air anggur, Jeli, Wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai Vitakultura.

Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah Larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.


Khasiat anggur

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyai kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Jenis anggur

Terdapat banyak jenis anggur, antaranya:

· Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN.Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim Tropika. Nama saintifiknya Carica papaya.

· Pokok betik ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.

· Betik kaya dengan Vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin,riboflavin dan niasan dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

· Buah betik yang ranum kaya dengan Vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.

· Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

· Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari segi saiz, rupa bentuk dan rasa. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg. Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik yang popular di negara-negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam lingkungan 1-3 kg tetepi kualiti buah dikatakan tidak begitu baik. Manakala kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Buah dari varieti ini adalah lebih kecil, berbentuk bulat, mempunyai mutu yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

· Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

0 comments: